BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Laporan / Laporan Program Khidmat Bantu SMK Raja Sakti Ke Pertandingan APSS Peringkat Kebangsaan 2014

Laporan Program Khidmat Bantu SMK Raja Sakti Ke Pertandingan APSS Peringkat Kebangsaan 2014

Pada 15 – 16 Jun 2014, program khidmat bantu PSS telah diadakan untuk Guru Perpustakaan dan Media Sekolah Kelompok PKG Tapang bertempat di SMK Raja Sakti, Kota Bharu. Program ini diadakan selama dua hari bermula dengan menumpukan kepada persiapan akhir SMK Raja Sakti ke Penilaian Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah (APSS) di Peringkat Kebangsaan Tahun 2014.

SMK Raja Sakti dipilih kerana sekolah ini telah memenangi juara PSS cemerlang di peringkat negeri Kelantan. PSS SMK Raja Sakti mewakili kategori sekolah menengah ke pertandingan APSS di peringkat kebangsaan. GPM sekolah ini ialah Pn. Zainon Hassan bersama 56 orang guru, staff dan warga GPM kelompok bertungkus lumus menjalankan program khidmat bantu PSS bagi mempersiapkan PSS mengikut krateria penilaian PSS peringkat kebangsaan. Banyak buku-buku serta rekod-rekod dikemaskini dan perlu ditempatkan dan disusun semula di PSS dalam keadaan kemas dan ceria. Begitu juga dengan koleksi bahan bukan cetak serta perkakasan-perkakasan lain di PSS. Perabot-perabot di susun mengikut kesesuaian dengan ruang PSS.

Guru-guru dibahagikan kepada dua kumpulan, satu kumpulan menguruskan penyediaan bahan-bahan serta rekod-rekod di PSS dan satu kumpulan lagi membuat kerja-kerja keceriaan dan kekemasan susun atur di PSS.

Satu sudut telah diwujudkan untuk mempamerkan bahan-bahan terbaru serta maklumat NILAM sekolah. Carta Organisasi Induk dan Jawatankuasa Kerja PSS yang baru telah dibentuk dan dipamerkan di PSS. Selain itu, guru-guru melakukan aktiviti-aktiviti keceriaan lain seperti menambah Label, Tunjuk Arah, Kata-Kata Hikmat dan lain-lain lagi. GPM berharap agar sentiasa diberi bimbingan, perkongsian idea dan kepakaran dalam khidmat bantu berupa nasihat kepada sekolah memandangkan ramai di kalangan GPM baru memegang jawatan.

Majlis penutup diakhiri pada jam 5.00 petang dengan ucapan penutup dari Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN Kelantan En. Roswadi Bin Yusof. Turut hadir bersama dalam majlis ini ialah Pengetua SMK Raja Sakti dan beliau telah menyempurnakan majlis penutup dengan menyampaikan cenderamata dan sijil kepada para peserta Program Khidmat Bantu PSS SMK Raja Sakti. Majlis bersurai pada jam 5.30 petang.

 

About admin

Check Also

KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG LUSUH (PERLU PERMIT) UNTUK PELUPUSAN SECARA JUALAN SISA KENDERAAN HONDA ACCORD BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 2019

klik pautan dibawah untuk muat turun surat berkaitan KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: