BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Program / Chromebook / Pemantauan Penggunaan Chromebook di Sekolah-Sekolah Kelantan

Pemantauan Penggunaan Chromebook di Sekolah-Sekolah Kelantan

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia

Tuan/Puan

Perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman, BTPN Kelantan telah menerima teguran dari BTP berkaitan status penggunaan chromebook. Sekolah yang telah dibekalkan chromebook, status penggunaan 30 hari lepas yang kurang 50mb adalah seperti di dalam pautan yang diberikan

2. Sehubungan dengan itu, pihak BTPN memohon kerjasama pihak PKG memantau dan siasat perkara ini.

Bersama-sama dilampirkan pautan senarai sekolah untuk tindakan. Maklumat tersebut perlu dikemukakan kepada urus setia pada atau sebelum 6 Ogos 2014.

Bersama ini juga dilampirkan salinan Instrumen Pemantauan Penggunaan Chromebook untuk dilengkapkan. Instrumen ini juga perlu dihantar ke BTPN pada atau sebelum 6 Ogos 2014.

Loading...

Kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Iskandar Zulkarnain Bin Abd Rahman
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Perkhidmatan ICT
BTPN Kelantan

About admin

Check Also

KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG LUSUH (PERLU PERMIT) UNTUK PELUPUSAN SECARA JUALAN SISA KENDERAAN HONDA ACCORD BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 2019

klik pautan dibawah untuk muat turun surat berkaitan KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: