BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Program / SSQS / Pengisian SSQS 2014.

Pengisian SSQS 2014.

Assalamualaikum dan Salam 1BestariNet.

Ini adalah SSQS V3 tahun 2914. Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standard (SSQS) bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari, KPM yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Mesyuarat Flagship Coordinator Committe (FCC) yang dipengerusikan oleh Y Bhg. Ketua Setiausaha Negara.

Untuk makluman YBhg. Dato’ /Datin/Dr./Tuan/Puan, lndikator dan instrumen SSQS telah dibuat penambahbaikan dengan memasukkan elemen Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), pelantar pembelajaran maya (Virtual Learning Environrnenf) dan Pusat Sumber Sekolah (PSS).

SPS telah diperluaskan ke semua sekolah mulai Julai 2013 dan semua sekolah telah disediakan dengan pelantar pembelajaran maya mulai 2012. lnstrumen penarafan SSQS versi 3 bagi tahun 2014 akan dijalankan secara atas talian menggunakan Portal Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan, sila klik http://btpnkel.net/ssqsv3/.

Penarafan SSQS ini akan diselaraskan, dipantau dan dibimbing pelaksanaannya oleh pegawai di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG). Tempoh pelaksanaan penarafan bagi tahun ini adalah bermula dari 14 Julai 2014 sehingga 30 Ogos 2014. Jumlah Responden adalah 62 orang terdiri daripada Pentadbir, Guru GPM, Guru (30 orang) dan Murid (30 orang).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi BTPN Kelantan dan rangkaian PKG Kelantan  bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Borang SSQS Bagi Pentadbir Sekolah, GPM, Guru dan Murid secara “OFF-Line” – SILA KLIK.

About admin

Check Also

KEBENARAN AKSES KE PREMIS SEKOLAH DAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG) UNTUK MELAKSANAKAN KERJA -KERJA PENGGANTIAN CUSTOMER PREMISE EQUIPMENT (CPE) JENIS WIMAX KEPADA CPE BAHARU ( NO.KONTRAK : KPM/41/2016/06/0001 )

Tuan, KEBENARAN AKSES KE PREMIS SEKOLAH DAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG) UNTUK MELAKSANAKAN KERJA – ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: