BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Program / 1BestariNet / Projek Pembekalan Chromebook – Pengagihan Headset & Kabel HDMI.

Projek Pembekalan Chromebook – Pengagihan Headset & Kabel HDMI.

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia

PEMBEKALAN PERALATAN ICT KE MAKMAL KOMPUTER SECARA KONSEP MAKMAL KOMPUTER MUDAH ALIH MENGGUNAKAN PERKAKASAN NOTEBOOK DENGAN SISTEM OPERASI CHROMEBOOK (No. Kontrak: KPM/36/2013/0003) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) – Pengagihan Headset dan Kabel HDMI.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, penggantian peralatan ICT yang tidak ada waranti dalam projek pembekalan Chromebook ke makmal komputer telah selesai pada bulan Mac 2014. Sehubungan dengan itu, BTP telah menyediakan peralatan tanpa waranti seperti headset dan kabel HDMI untuk penggantian sekiranya berlaku kerosakan.

3. Bersama-sama ini dilampirkan Memo Dalaman berhubung perkara di atas untuk perhatian dan tindakan tuan selanjutnya.

Tindakan PKG :

1. Dapatkan maklumat tentang kerosakan headset atau kabel HDMI dari sekolah yang menerima pembekalan Chromebook SAHAJA.
2. Minta sekolah hantar peralatan yang rosak ke PKG.
3. PKG membuat pengesahan bahawa peralatan itu betul-betul rosak,
3. Sila kumpulkan peralatan yang rosak dan hantar ke BTPN (u.p Iskandar).
4. BTPN akan menyerahkan perlatan yang baharu dan menyerahkan SAP kepada PKG.
5. PKG perlu menyerahkan SAP kepada pihak sekolah untuk dilengkapkan dan hantar kembali SAP tersebut ke BTPN.

* Peralatan baharu HANYA akan diberikan sekiranya peralatan yang rosak dibawa bersama semasa penggantian di BTPN.
* BTP hanya bekalkan 40 unit headset & 5 unit kabel HDMI. First Come First Serve Basis. Stok tambahan akan dimohon oleh BTPN berdasarkan keperluan setelah stok yang sedia ada telah habis.

Sekian, terima kasih.

Iskandar Zulkarnain Bin Abd Rahman
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Perkhidmatan ICT
BTPN Kelantan

About admin

Check Also

IKLAN TAWARAN SEBUTHARGA PELUPUSAN KENDERAAN JABATAN SSANGYONG 4WD MUSSO 662 TD

Klik pautan dibawah untuk muat turun: TAWARAN SEBUTHARGA PELUPUSAN KENDERAAN JABATAN Surat tawaran sebut harga ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: