BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Program / Netbook 1Malaysia / Agihan Netbook 1 Malaysia Oleh SKMM

Agihan Netbook 1 Malaysia Oleh SKMM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

2. Untuk makluman tuan/puan, Netbook 1Malaysia akan diagihkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam masa terdekat. BTP telahpun menghantar senarai agihan untuk Sekolah / Loaner Unit di BTPN dan PKG dan Senarai Pegawai Penghubung di Peringkat Negeri ke SKMM.

3. Sehubungan itu, SKMM akan mengadakan Mesyuarat Penyelarasan di Peringkat Negeri/Zon dan akan berhubung terus dengan pegawai-pegawai yang telah disenaraikan. BTP memohon kerjasama tuan/puan untuk hadir bermesyuarat dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pegawai SKMM.

4. Dalam mesyuarat tersebut tuan/puan bolehlah berbincang dengan pegawai SKMM di peringkat negeri/zon untuk mencari jalan terbaik dalam mengedarkan netbook ini. Tuan/puan juga diminta menyediakan SENARAI PKG yang lengkap di negeri masing-masing untuk agihan 41 unit netbook bagi setiap PKG.

5. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini tuan/puan bolehlah berhubung terus dengan Dr Zulkeflee bin Kusin 03-20817600 atau Hjh Zarina binti Paijo 03-20817601 atau En. Azman bin Yaakob 03 20817604. Bersama-sama ini saya lampirkan maklumat yang berkaitan untuk rujukan tuan/puan.

SILA KLIK SENARAI RUJUKAN YANG DILAMPIRKAN – SILA KLIK

Sekian, terima kasih.

Azman bin Yaakob
Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
03-20817604
019-2805667

About admin

Check Also

IKLAN TAWARAN SEBUTHARGA PELUPUSAN KENDERAAN JABATAN SSANGYONG 4WD MUSSO 662 TD

Klik pautan dibawah untuk muat turun: TAWARAN SEBUTHARGA PELUPUSAN KENDERAAN JABATAN Surat tawaran sebut harga ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: