BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Program / 1BestariNet / Hebahan: Pemasangan Antivirus Symantec Di Sekolah.

Hebahan: Pemasangan Antivirus Symantec Di Sekolah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebagaimana pihak Tuan/Puan sedia maklum, salah satu skop daripada perkhidmatan dalam rangkaian 1BestariNet adalah memberikan perkhidmatan Managed Security Services yang merangkumi antivirus dan patch managementuntuk 400 ribu PC yang terdapat di dalam rangkaian 1BestariNet.

Sehubungan dengan itu bagi PC sekolah yang belum menerima antivirus bolehlah memuat turun antivirus daripada pautan (link) antivirus Symantec bagi perkhidmatan 1BestariNet:

(Windows 32-bit)
http://sepm.ytleducation.com.my:8014/EmailInstallPackages/7A1187620A1C820E0103358D708CE618_WIN32BIT/sep/Setup.exe

(Windows 64-bit)
http://sepm.ytleducation.com.my:8014/EmailInstallPackages/7A1187620A1C820E0103358D708CE618_WIN64BIT/sep/Setup.exe

Manual:

http://www.youblisher.com/p/763702-Guideline-Symantec-Installation-AV-Client/

Bersama-sama ini juga dilampirkan sesalinan garis panduan pemasangan antivirus tersebut untuk rujukan pihak Tuan/Puan.Sekiranya pihak tuan-puan memerlukan sebarang pertanyaan/bantuan, sila hubungi:

1) Meja bantuan (helpdesk) 1BestariNet di. talian 018-7998787 atau emel kepada moesupport@ytlcomms.my

2) Emel kepada pmo operasi: pmo.operasi@1bestarinet.yes.my

3) Menghubungi wakil PKG masing-masing

Walaubagaimanapun hanya PC yang mematuhi spesifikasi sahaja boleh menggunakan aplikasi diatas. Untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan, perkara ini telah dimaklumkan di dalam garis panduan terdahulu.Di atas segala kerjasama pihak Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan diakhiri dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian

Sektor Operasi 1BestariNet
PMO (Inisiatif ICT)
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pejabat Pengurusan Program 1BestariNet
Aras 5, Blok E8 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

About admin

Check Also

Buku Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur saya ke hadrat Illahi ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: