BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Program / HP MultiSeat / Pemantauan Audit Makmal Bahasa MBMMBI

Pemantauan Audit Makmal Bahasa MBMMBI

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia

Untuk makluman semua warga PKG, pada 27 Oktober 2014, wakil dari BTP telah ‘turun’ ke Kelantan bagi pemantauan sekolah dan PKG untuk pra-audit MBMMBI. Wakil BTP telah memantau 2 buah sekolah dan 2 buah PKG. Masih terdapat beberapa dokumen yang tidak lengkap.

Wakil BTP juga menitikberatkan berkaitan SAP yang melibatkan MBMMBI. Pihak audit akan ‘turun padang’ tidak lama lagi, oleh itu pihak PKG dimohon bersedia dan diminta memaklumkan kepada SEKOLAH terutama sekolah yang mempunyai makmal bahasa MBMMBI termasuk yang dinaik taraf dari makmal HP Multiseat.

Bersama ini dilampirkan instrumen untuk PKG dan juga Sekolah untuk diambil perhatian dan tindakan dengan SEGERA bagi mengelakkan teguran dari pihak audit.

Segala tindakan dan perhatian dari pihak PKG & sekolah amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Iskandar Zulkarnain Bin Abd Rahman
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Perkhidmatan ICT
BTPN Kelantan

Loading...

About admin

Check Also

KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG LUSUH (PERLU PERMIT) UNTUK PELUPUSAN SECARA JUALAN SISA TABUNG ALAT PEMADAM API BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 2019

KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG LUSUH (PERLU PERMIT) UNTUK PELUPUSAN SECARA JUALAN SISA ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: