BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Program / Netbook 1Malaysia / Pengagihan Netbook 1Malaysia kepada 216 Sekolah PISA Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengagihan Netbook 1Malaysia kepada 216 Sekolah PISA Kementerian Pendidikan Malaysia

Assalamualakum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Tuan/puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

    1. Merujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan KPM Bil. 12/2014 bertarikh 24 Disember 2014, YBhg. Tan Sri Dr. KSU, KPM telah bersetuju agar pengagihan netbook ke sekolah-sekolah PISA dilaksanakan lebih awal.
    2. Sehubungan itu, saya mohon kerjasama tuan/puan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah supaya bersedia untuk menerima netbook ini dan menyediakan tempat yang selamat sebelum penerimaan charging cart. Pihak SKMM telahpun dimaklumkan akan perkara ini dan dijangka akan memulakan penghantaran netbook ke 216 buah sekolah PISA dalam masa terdekat.
    3. Walau bagaimanapun, pengagihan netbook ke sekolah-sekolah lain masih ditangguhkan mengikut pegesahan penghantaran charging cart yang akan dimaklumkan kemudian. Bersama-sama ini saya lampirkan senarai sekolah PISA (data seperti pada 14 Nov 2014) untuk rujukan tuan/puan.

SILA KLIK LINK BERIKUT UNTUK MUAT TURUN LAMPIRAN – https://drive.google.com/file/d/0B_pYnOAMzxxLbW0yaERHVWQ1OWs/view?usp=sharing

Sekian, terima kasih.

Azman bin Yaakob
Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM

About admin

Check Also

KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG LUSUH (PERLU PERMIT) UNTUK PELUPUSAN SECARA JUALAN SISA KENDERAAN HONDA ACCORD BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 2019

klik pautan dibawah untuk muat turun surat berkaitan KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: