BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Dari Meja KPP / Pusat Akses Sekolah

Pusat Akses Sekolah

Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self learning). Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri. Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuksokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat. Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Pusat Akses Sekolah memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat.

Matlamat
Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

Objektif
Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.
Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.
Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran

Pengurusan dan Pentadbiran

Pihak pentadbiran sekolah sebagai pelaksana hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah:
Merancang, merangka dan melaksanakan dasar penubuhan Pusat Akses Seolah
Memantau pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan dengan Pusat Akses
Sekolah Memastikan semua aspek keselamatan Pusat Akses Sekolah diutamakan
Membuat perancangan kewangan berikut untuk dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi memasukkan dalam AnggaranBelanja Mengurus (ABM)
Memastikan setiap laporan yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran Pusat Akses Sekolah dikemukakan kepada pihak yang berkenaan.

Kos bahan habis guna
Kos penyenggaraan peralatan
Kos bekalan elektrik
Kos penggantian alat

Cadangan carta organisasi Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah
PENASIHAT : Pengetua / Guru Besar
PENGERUSI : Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK1)
SETIAUSAHA : Guru Penyelaras Bestari
AJK : Ketua-Ketua Bidang / Panitia /Pengawas Pusat Sumber/Pengawas Pusat Akses/Briged ICT (mengikut keperluan sekolah)
PENOLONG SETIAUSAHA :Guru Media

Cadangan bidang tugas Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah:
a) Penasihat
i) Menggubal dan melaksanakan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah.
ii) Memastikan perancangan dan pelaksanaan program/aktiviti berjalan dengan lancar.
iii) Memantau pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah dari semasa ke semasa.

b) Pengerusi
i) Merangka dan merancang pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah sepanjang tahun.
ii) Memastikan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah dipatuhi.
iii) Memastikan pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah berjalan dengan lancar.
iv) Memantau penggunaan dan keberkesanan Pusat Akses Sekolah.
v) Merancang atau mewujudkan Jawatankuasa Kerja, jika perlu, bagi tujuan melaksanakan program /aktiviti yang dirancangkan.

c) Setiausaha
Melaksanakan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah.
Mengurus setiakan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah secara berkala.
Menyediakan keperluan peruntukan kewangan.
Menguruskan inventori dan pendaftaran harta modal Pusat Akses Sekolah dan menyerahkan kepada Unit ICT PPD/PPG (Pejabat Pelajaran Gabungan) dan sesalinan kepada Unit Maklumat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk tujuan penyenggaraan.
Merekod dan melaporkan sebarang kerosakan peralatan dan rangkaian kepada:
• Syarikat pembekal peralatan (dalam tempoh jaminan)
• Jabatan Pelajaran Negeri (selepas tempoh jaminan)
• Meja Bantuan GITN (1-300-88- 2888) bagi semua masalah berkaitan talian SchoolNet
Menentukan waktu penggunaan Pusat Akses Sekolah.
Memastikan Pusat Akses Sekolah digunakan dengan berkesan. Mendapatkan khidmat bantu penggunaan daripada Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) atau Pusat Kegiatan Guru (PKG). Memastikan keselamatan fizikal, sistem dan peralatan dan melatih Pengawas Pusat Sumber Sekolah/Pengawas Pusat Akses/ Briged ICT, jika ada.

d) Penolong Setiausaha
i) Menyediakan jadual bertugas untuk mengawasi penggunaan Pusat Akses Sekolah.
ii) Menyediakan peraturan penggunaan Pusat Akses Sekolah
iii) Memastikan penggunaan Pusat Akses Sekolah direkodkan. Buku log penggunaan dan pergerakan kunci Pusat Akses Sekolah perlu disediakan. Contoh maklumat bagi buku log penggunaan adalah seperti di Lampiran 2.
iv) Memastikan aktiviti Pusat Akses Sekolah berjalan dengan lancar.
v) Memantau keberkesanan aktiviti Pusat Akses Sekolah.
vi) Menyediakan laporan penggunaan secara berkala.
vii) Melaporkan sebarang kerosakan peralatan dan rangkaian kepada Setiausaha untuk tindakan selanjutnya.

e) Ahli Jawatankuasa
i) Melaksanakan program/aktiviti yang telah dirancangkan.
ii) Memastikan semua peraturan penggunaan dipatuhi.
iii) Memastikan peralatan dan rangkaian sentiasa berada dalam keadaan baik.
iv) Menyediakan maklumat laman web atau portal pendidikan (URL) untuk rujukan.
v) Kawal selia penggunaan dan keceriaan Pusat Akses Sekolah.
vi) Membimbing dan melatih pengguna Pusat Akses Sekolah.

f) Pengawas Pusat Sumber Sekolah/ Pengawas Pusat Akses/Briged ICT
Memainkan peranan membantu Jawatakuasa menguruskan Pusat Akses Sekolah.

Susun Atur dan Peralatan
Ditempatkan di satu lokasi sahaja dan bersesuaian dengan ruang yang terdapat di sekolah. Keluasan minima bagi pusat akses adalah 22.5 m2 (satu bay). Sila rujuk cadangan susun atur seperti di Lampiran 1.
Sekolah akan menerima 10 buah komputer, satu switch 24 port, satu pencetak, dan perabot.
Peralatan tersebut dirangkaikan dengan rangkaian setempat dan dihubungkan dengan talian SchoolNet.
Perisian yang dibekalkan bersama dalam setiap komputer ini termasuk Sistem Pengoperasian Windows, Microsoft Office dan anti-virus.
Switch hub dan router SchoolNet hendaklah sentiada dalam keadaan baik bagi memastikan capaian Internet tidak terganggu.

Waktu Operasi
Pusat Akses Sekolah beroperasi pada masa seperti berikut:
• semasa waktu persekolahan
• selepas waktu persekolahan
Digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan.

Pengguna
Keutamaan penggunaan diberikan kepada murid.
Warga sekolah seperti pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan juga boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah.

Cadangan Aktiviti
Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:
Mencari maklumat daripada Internet untuk pembelajaran.
Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan (e-Learning).
Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran.
Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel.
Berkolaborasi dengan murid lain.

Keselamatan
Pihak sekolah perlu mengambil berat aspekaspek keselamatan seperti kemudahan infrastruktur, kemudahan fizikal, perkakasan, rangkaian, perisian dan aplikasi.

Keselamatan Bekalan Elektrik
Bekalan elektrik hendaklah 3 fasa dan boleh menampung penggunaan perkakasan.
Keupayaan minima bekalan elektrik dari generator mestilah 30 kvA.
Kedudukan pendawaian dan punca kuasa elektrik mesti memenuhi piawaian Jabatan Kerja Raya (JKR).

Keselamatan Fizikal dan Perkakasan
Saiz ruang yang sesuai (22.5 m2) dan ke atas
Lokasi yang strategik dan selamat
Alat keselamatan yang perlu diberi perhatian:
a. Sistem penggera
b. Jeriji besi
c. Alat pemadam api
d. Sistem peredaran udara
e. Perangkap kilat
Peraturan dan garis panduan penggunaan mestilah disediakan dan dipaparkan di dalam Pusat Akses.
Pengawasan dan laporan keselamatan perlu dilakukan secara berkala.
Kawal selia kemudahan fizikal dan perkakasan secara berkala.
Buku log untuk merekod pergerakan kunci Pusat Akses Sekolah.
Buku log untuk penggunaan Pusat Akses Sekolah. Contoh maklumat adalah seperti di Lampiran 2.
Setiap kunci, peralatan, network point dan kabel mesti dilabelkan.

Keselamatan Sistem Rangkaian
Susun atur mengikut spesifikasi dan piawaian pengkabelan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Semua komputer mesti dirangkaikan dan boleh mengakses Internet.
Aras kebenaran pengguna (Access Right) mesti dihadkan untuk mengelakkan daripada membuat pengubahsuaian konfigurasi komputer.

Keselamatan Perisian dan Aplikasi
Patches untuk sistem pengoperasian yang terkini.
Perisian anti-virus yang terkini.
Menggunakan perisian yang berlesen.
Manual instalasi mudah diperolehi.

Keselamatan Mengakses Internet
Mesti mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 – UPTM 159/526/9 Jld.3 (9) – Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan (boleh dimuat turun daripada http://www.mampu.gov.my /mampu/bm/Circulars/BM/Main.htm)

Keselamatan Penyimpanan Bahan
Pengguna TIDAK DIBENARKAN menyimpan bahan di cakera keras komputer di Pusat Akses Sekolah.
Sentiasa menyelenggara ruang cakera keras komputer (housekeeping) untuk menjamin pengoperasian komputer sentiasa ditahap optimum dan stabil.

Cadangan Peraturan
Pengguna Pusat Akses Sekolah mesti mematuhi peraturan bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer.
Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah:
i) Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam Pusat Akses Sekolah.
ii) Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian milik persendirian kecuali dengan kebenaran guru bertugas.
iii) Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer daripada Pusat Akses Sekolah.
iv) Dilarang sama sekali mengusik sebarang pendawaian atau sambungan kabel yang terdapat di belakang komputer.
v) Dilarang memasukkan sebarang perisian luar dan mengubah konfigurasi komputer.
vi) Dilarang menyimpan semua hasil kerja dalam cakera keras komputer.
vii) Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam sistem elog.

About admin

Check Also

Salam Aidil Adha 1439H Ikhlas Dari Kami Warga BTPN Kelantan

Saya mengambil kesempatan pada 10 Zulhijjah ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Marilah ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: