BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Penyelenggaraan ICT / Senarai Sekolah Terlibat Penyenggraan ICT 2014

Senarai Sekolah Terlibat Penyenggraan ICT 2014

Assalamualaikum dan Salam 1BestariNet

Bersama ini saya panjangkan sekali lagi email saya pada 21 Oktober 2014 jam 5.14 petang berkaitan Senarai Sekolah yang terlibat dengan penyelenggaraan Peralatan ICT 2014.

Untuk makluman semasa penghantaran email ini saya tidak menyatakan tindakan yang perlu dibuat oleh PKG. Namun begitu, arahan untuk tindakan PKG telah di maklumkan melalui Whatsapp bertarikh 21 Oktober 2014 jam 8.17 malam kepada Group Task Force Inisitiaf ICT (Group PTP PKG) dan jam 8.11 malam kepada STS Group (Group FT PKG).

Penjelasan saya :

A. Dalam whatsapp berkenaan dinyatakan dan saya ringkaskan disini :

Memulangkan kembali data ini bagi sekolah yang telah dibuat pelupusan
Data yang diverifikasi perlu disahkan oleh sekolah
Menyatakan kerosakan mengikut peralatan dan item yang rosak dan bukan hanya menyatakan status “rosak”

B. Dalam bengkel Inisiatif ICT Bersama Juruteknik Komputer (FT) PKG :

Minta di letakkan status kepada STS dengan merujuk kepada senarai sekolah yang diemailkan. (yang dipanjangkan ini)
Senarai sekolah yang telah lupus peralatan
Senarai 253 sekolah ini adalah data daripada Laporan Sekolah dalam STS dan Data Verifikasi PKG yang dihantar kepada en.Arif, yang telah saya gabungkan.
Mohon 3 PKG untuk menyenaraikan 1 sekolah untuk khidmat bantu verifikasi.
PKG akan membuat verifikasi dokumen dengan pihak sekolah bagi Kew.PA2, Kew.PA.9, Kew.PA.13 dan Kew.PA14

C. Daripada Perkara A dan B:

Sehingga hari ini saya belum menerima pemulangan data berkenaan mengikut arahan yang diberikan dan telah diselesaikan dalam perkara B. Namun begitu semasa taklimat khas pada 2 November 2014, senarai ini dipaparkan kepada PTP PKG. Terdapat percanggahan data yang diberikan oleh FT dan PTP. Saya abaikan perkara ini sehingga mendapat maklumbalas daripada pihak vendor.
Perkara B nombor 4, sehingga hari ini saya tidak mendapat maklumat.
Perkara B juga ditaklimatkan kepada PTP PKG dalam Taklimat Khas pada 2 November 2014.

D. Surat Kuasa/Kebenaran Kepada Vendor :

Surat ini masih dalam proses dengan pihak JPN, namun begitu saya telah maklumkan kepada pihak vendor supaya menghubungi dan mereka bersama FT PKG untuk proses verifikasi pengesahan kerosakan sementara menunggu surat berkenaan.

E. Jadual Lawatan/Verifikasi Oleh Vendor :

Saya telah maklumkan kepada pihak vendor pada 29 Oktober 2014 dan 4 November 2014, dan pihak vendor masih lagi belum berjaya menghantar jadual mereka kepada saya.
Senarai nama Juruteknik SMF Amudcorp boleh di muat turun dalam Google Drive yang telah dikongsikan kepada PKG

F. Tindakan Pemantapan :

Saya akan membina Google Sites sebagai platform untuk rujukan PKG dan mohon semua pegawai dan staf PKG untuk mengisi dan mendaftar form Gmail PKG . Platform tersebut hanya boleh dicapai bagi yang mendaftar.
Tujuan pembinaan platform ini adalah untuk mengelakkan terlepas pandang kepada maklumat yang disampaikan atau dimaklumkan melalui email.
Jika berlaku permasalahan dan perlukan maklumat segera, terus call saya atau sms/whatsapp personal jika tiada kredit/data.

BERIKUT MERUPAKAN SENARAI SEKOLAH YANG TERLIBAT PENYELENGGARAAN ICT 2014 – SILA KLIK

Saya harap perkara ini jelas dan dan mendapat kerjasama daripada semua pegawai dan staf PKG.
Sekian.

saya yang menurut perintah,

WAN MOHD MAHDI BIN WAN KHALDIN
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Perkhidmatan ICT
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan
H/P : 019 – 932 8382

About admin

Check Also

Garis Panduan Operasi Pelaksanaan Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah-Sekolah KPM Tahun 2014 & 2015

Berikut disertakan Garis Panduan Operasi Pelaksanaan Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah-Sekolah KPM Tahun 2014 & 2015 ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: