BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Program / Netbook 1Malaysia / Tarikh Agihan Netbook 1Malaysia Dan Tatacara Penerimaan

Tarikh Agihan Netbook 1Malaysia Dan Tatacara Penerimaan

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia

Seperti yang sedia maklum, pengagihan Netbook 1Malaysia (N1M) sedang dilaksanakan. Mohon kepada semua warga PKG untuk merujuk jadual seperti yang telah diemelkan olen En. Zulkfli.

PERHATIAN……

Berikut apa yang perlu dilakukan ketika penerimaan N1M :

1. Pastikan mesti ada Pegawai/PT/JTK di PKG pada tarikh penghantaran.
2. Pastikan menerima 41 buah N1M.
3. Buka 2 atau 3 kotak secara RAWAK bagi memastikan semua peralatan lengkap. Masukkan bateri, sambungkan kepada kuasa elektrik. Pastikan lampu ‘CHARGE” menyala tetapi JANGAN ON N1M tersebut, cuma perhatikan lampu ‘CHARGE’ menyala sahaja. “SEMUA N1M PERLU DI ‘CHARGE’ SELAMA 8 JAM SEBELUM N1M TERSEBUT BOLEH DIGUNAKAN BUAT PERTAMA KALI.”
4. Setelah memeriksa 2 atau 3 N1M tersebut secara rawak dan semuanya dalam keadaan baik, individu yang menerima perlu menandatangani beberapa dokumen iaitu SAP dan DO. Pastikan dokumen dan maklumat adalah lengkap. JANGAN TANDATANGAN DOKUMEN YANG TIDAK LENGKAP.
5. Sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan penghantaran dan penerimaan N1M, sila hubungi saya dengan kadar segera. Jika pihak vendor atau logistik menghubungi PKG untuk sebarang perubahan atau maklumat terkini, mohon untuk maklumkan kepada saya sebagai makluman terutama yang melibatkan lokasi banjir.

Sekian, terima kasih.

Iskandar Zulkarnain Bin Abd Rahman
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Perkhidmatan ICT
BTPN Kelantan

About admin

Check Also

KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG LUSUH (PERLU PERMIT) UNTUK PELUPUSAN SECARA JUALAN SISA KENDERAAN HONDA ACCORD BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 2019

klik pautan dibawah untuk muat turun surat berkaitan KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: