BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Laporan / Ucapan Penghargaan: Bengkel Kerja Pengukuhan Kualiti Pembangunan Laman Pembelajaran Dalam Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) Zon Timur 2014

Ucapan Penghargaan: Bengkel Kerja Pengukuhan Kualiti Pembangunan Laman Pembelajaran Dalam Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) Zon Timur 2014

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sektor Pelbagai Media Pendidikan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Bengkel Kerja Pengukuhan Kualiti Pembangunan Laman Pembelajaran Dalam Virtual Learning Environment (Zon Timur) 2014 yang telah diadakan pada 22 hingga 25 September 2014, bertempat di TH Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu.

3. Kerjasama yang ditunjukkan amat dibanggakan dan diharapkan silaturrahim antara kita sentiasa di panjangkan. Adalah diharapkan supaya Tuan/Puan akan meneruskan usaha membangunkan laman pembelajaran PdP dalam VLE serta dapat membantu menyebarluaskan ilmu dan kepakaran Tuan/Puan kepada guru-guru di Kelantan dan Terengganu. Semoga kerjasama erat ini dapat diteruskan demi menjayakan aspirasi dan visi pendidikan negara.

Buah selasih buah kelubi,
Di dalam dulang hidangan pagi,
Terima kasih daun keladi,
Bila diundang datanglah lagi.

Terbang selisih si burung kedidi,
Terbang berduyun di waktu pagi,
Terima kasih daun keladi,
Di lain tahun berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Aidaliza binti Azmi
Sektor Pelbagai Media Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

About admin

Check Also

KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG LUSUH (PERLU PERMIT) UNTUK PELUPUSAN SECARA JUALAN SISA KENDERAAN HONDA ACCORD BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 2019

klik pautan dibawah untuk muat turun surat berkaitan KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: