BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Hebahan / Hebahan INTAN : Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2015

Hebahan INTAN : Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2015

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang akan menganjurkan Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2015 backdrop2_persada inovasi_pilih_akmaldengan tema Merealisasi Transformasi: Memperkasa Inovasi, Menjulang Produktiviti pada 24 hingga 26 November 2015 dan bertempat di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, Kuantan, Pahang. Majlis ini akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang. Majlis Persada Inovasi Perkhimatan Awam 2015 ini merupakan program yang menghimpunkan penjawat awam dari seluruh Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Perkhidmatan Awam (KIK) yang bertujuan untuk menyemarak budaya kreativiti dan keintelektuan di kalangan penjawat awam.

3. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan untuk menghadiri Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2015.

4. Perhatian YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan penghargaan dan terima kasih.

Urusetia
Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2015
Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi
INTAN Bukit Kiara
Kuala Lumpur

About admin

Check Also

HEBAHAN PERTANDINGAN VIDEO KREATIF u-PUSTAKA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: