BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Hebahan / Hebahan KeTTHA: HARI BERTEMU PELANGGAN SECARA ATAS TALIAN (ePelanggan) KeTTHA

Hebahan KeTTHA: HARI BERTEMU PELANGGAN SECARA ATAS TALIAN (ePelanggan) KeTTHA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

attachment11.ashxSukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan Secara Atas Talian (ePelanggan) pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 30 Julai 2015 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Program Hari Bertemu Pelanggan Secara Atas Talian ini merupakan salah satu inisiatif KeTTHA di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Awam KeTTHA. Program yang akan diadakan pada setiap bulan ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelanggan KeTTHA serta agensi-agensi di bawahnya berinteraksi secara maya di http://epelanggan.kettha.gov.my serta berkongsi pandangan, cadangan atau pertanyaan.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan dalam menjayakan program ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Noor Hasmiza Bismi
Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Aras 4, Blok E4/5, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62668, Putrajaya
Tel : 03-8883-6057
Faks : 03- 8890-4731

About admin

Check Also

HEBAHAN PERTANDINGAN VIDEO KREATIF u-PUSTAKA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: