BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Slider / Jemputan ke Majlis Perutusan Tahun Baharu 2016 Kementerian Pendidikan Malaysia

Jemputan ke Majlis Perutusan Tahun Baharu 2016 Kementerian Pendidikan Malaysia

Assalammulaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia

YBhg. Tan Sri Dr./Datuk/Dato’ Sri/Datin/Tuan/Puan,

Jemputan ke Majlis Perutusan Tahun Baharu 2016 Kementerian Pendidikan Malaysia

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan memo daripada Bahagian Khidmat Pengurusan Ruj. KPMSP.100/16/1/5 (7) bertarikh 29 Disember 2015 yang diedar kepada bahagian-bahagian adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perutusan Tahun Baharu 2016 Kementerian Pendidikan Malaysia akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 12 Januari 2016 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

3. Sehubungan dengan itu, Sekretariat Majlis Perutusan Tahun Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia dengan hormatnya menjemput YBhg. Tan Sri Dr./Datuk/Dato’ Sri/Datin/Tuan/Puan bersama pegawai dan staf untuk turut hadir ke majlis tersebut. Atur cara majlis seperti di Lampiran A.

Kerjasama YBhg. Tan Sri Dr./Datuk/Dato’ Sri/Datin/Tuan/Puan berikan dalam hal ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Sekretariat Majlis Perutusan Tahun Baharu
Kementerian Pendidikan Malaysia

About admin

Check Also

KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG LUSUH (PERLU PERMIT) UNTUK PELUPUSAN SECARA JUALAN SISA KENDERAAN HONDA ACCORD BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 2019

klik pautan dibawah untuk muat turun surat berkaitan KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: