BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Hebahan / PERSIDANGAN SECARA ATAS TALIAN “EDUCATION ON AIR” OLEH GOOGLE

PERSIDANGAN SECARA ATAS TALIAN “EDUCATION ON AIR” OLEH GOOGLE

Tuan/Puan,

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Google for Education telah merencana persidangan secara atas talian “Education on Air” untuk memberi peluang kepada semua guru berbincang dan meneroka kaedah-kaedah terbaik pengajaran dan pembelajaran (PdP) abad ke-21. Di samping itu, kaedah-kaedah praktikal daripada guru-guru Malaysia yang telah berjaya merangsang murid-murid menggunakan teknologi dan inovasi turut juga dilibatkan dalam persidangan atas talian ini.

3. Persidangan secara atas talian ini boleh dicapai di alamat g.co/EduOnAir bermula 01 November 2015. Mereka yang berminat untuk menyertai program ini perlulah mendaftar pada laman sesawang tersebut selewat-lewatnya 15 Oktober 2015.

4. Sehubungan itu, pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri diharap dapat memanjangkan perkara ini kepada sekolah-sekolah di bawah seliaan tuan/puan. Bersama-sama emel ini dikepilkan poster jemputan ke program tersebut untuk tindakan tuan/puan.

5. Kerjasama dari pihak tuan/puan dalam perkara ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“SEJATI SEJIWA”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

ZULFADLI BIN AB RAHIM
Penolong Pengarah
Sektor Pembangunan Kapasiti Profesionalisme
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
Talian Terus: +603 2081 8063 | Faks: +603 2081 7788 | Telefon Bimbit: +6012 284 2215
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Persiaran Bukit Kiara, 50604 Kuala Lumpur.

LAMPIRAN :

About admin

Check Also

KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG LUSUH (PERLU PERMIT) UNTUK PELUPUSAN SECARA JUALAN SISA TABUNG ALAT PEMADAM API BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 2019

KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG LUSUH (PERLU PERMIT) UNTUK PELUPUSAN SECARA JUALAN SISA ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: