BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Dari Meja KPP / HEBAHAN KKMM: PERTANDINGAN INSTAGRAM MERDEKA 2017 (FOTO DAN VIDEO) #IM60 #NEGARAKUMALAYSIA

HEBAHAN KKMM: PERTANDINGAN INSTAGRAM MERDEKA 2017 (FOTO DAN VIDEO) #IM60 #NEGARAKUMALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Negaraku Malaysia

YBhg. Dato’ Sri/ Dato’/ Datuk/ Datin/ YBrs. Dr./Tuan/ Puan

PERTANDINGAN INSTAGRAM MERDEKA 2017 (FOTO DAN VIDEO) #IM60 #NEGARAKUMALAYSIA

2. Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2017, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), menganjurkan Pertandingan Instagram Merdeka 2017 (Foto dan Video) yang bertujuan:-

· Memaparkan gelagat sehati sejiwa dan rasa cinta rakyat Malaysia dalam menyambut Hari Kebangsaan Tahun 2017 dengan penuh patriotisme;

· Meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia melalui aplikasi instagram;

· Menjalin hubungan dengan golongan muda dan menggalakkan penglibatan golongan muda (TN50) untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme,

3. Majlis pelancaran pertandingan telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Razali Hj.Ibrahim (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) pada 17 April 2017 bertempat di Auditorium Perdana Siswa, Universiti Malaya (UM) yang turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi, Ketua Pengarah JASA Malaysia.

4. Tempoh pertandingan adalah bermula pada 16 April 2017 sehingga 16 Ogos 2017. Caranya cukup mudah. Hanya muat naik foto atau video anda dengan menunjukkan rasa cintakan Negara dengan tema #negarakumalaysia dan hantarkan kepada @instamerdeka mengikut kategori iaitu #im60umum (umum), #im60siswa (siswa) dan #im60sekolah (pelajar sekolah menengah) dan anda berpeluang memenangi hadiah berupa wang tunai dan hadiah sampingan yang menarik daripada pihak penganjur . Untuk maklumat lanjut berkenaan pertandingan :-

a) Sila ‘LIKE &SHARE’ https://www.facebook.com/JASAInstagramMerdeka
b) Sila FOLLOW akaun INSTAGRAM http://instagram.com/instamerdeka
c) Hubungi urusetia pertandingan di talian : 03-2694 4839

5. Bersama-sama ini turut dilampirkan info beserta terma dan syarat pertandingan untuk perhatian YBhg. Dato’ Sri/ Dato’/ Datuk/ Datin/ YBrs. Dr./Tuan/ Puan jua. Sehubungan dengan itu, semua warga Kementerian/ Jabatan/ Agensi adalah dijemput untuk menyertai peraduan ini.

Sekian, terima kasih.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
Tel : 03-8911 5206 | Faks : 03-8911 5183
Emel : unitkomunikasikorporat@kkmm.gov.my / ukk@kkmm.gov.my

About Kamal Azrul Muhammad

Check Also

KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG LUSUH (PERLU PERMIT) UNTUK PELUPUSAN SECARA JUALAN SISA KENDERAAN HONDA ACCORD BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 2019

klik pautan dibawah untuk muat turun surat berkaitan KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: