BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Hebahan / Hebahan: Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Hebahan: Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Salam Negaraku Malaysia

Tahukah anda bahawa tarikh 23 April setiap tahun merupakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia (World Book and Copyright Day)?

Bersempena dengan sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia ini, pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bersama dengan Perbadanan Perpustakaan Negeri bekerjasama menganjurkan aktiviti “Jom baca bersama untuk sepuluh minit” pada hari Selasa, 25 April 2017.

Siapa boleh sertai? Semua warga KPM dan sesiapa sahaja yang cintakan buku.

Bila? Pukul 11.00 hingga 11.10 pagi (selama 10 minit) pada 25 April 2017 (Selasa)

Bagaimana untuk sertai?
1. Sediakan atau bawa sejudul buku bersama-sama anda;
2. Baca buku yang dibawa tepat pada 11.00 pagi (walaupun sedang dalam mesyuarat) selama 10 minit; dan
3. Rakam foto aktiviti membaca ini dan hantar satu foto terbaik ke mbkmmoe@gmail.com sebelum pukul 5.00 petang pada hari yang sama. Labelkan foto tersebut dengan nama bahagian atau jabatan anda.

# Foto anda akan dimuat naik ke laman facebook Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan foto yang menerima paling banyak ‘like’ pada pukul 3.00 petang 27 April akan menerima hadiah misteri.

About admin

Check Also

Buku Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur saya ke hadrat Illahi ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: