BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Artikel / LAPORAN ANUGERAH TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2017

LAPORAN ANUGERAH TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2017

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia mengistiharkan bahawa Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) dijadikan sebagai program bacaan Peringkat Kebangsaaan. Program ini bermula dari tahun 1998/1999 dan pusingan awal program ini lengkap pada tahun 2003/2004. Program NILAM diperkenalkan dengan hasrat mahu menggabungkan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah. Ganjaran dan pengiktirafan yang sesuai diberikan kepada murid-murid yang mencapai tahap tertentu. Sewajarnya kini, program bacaan ini dijalankan sepenuhnya di sekolah.

Kemuncak pelaksanaan Program Nilam di sekolah, penganjuran Anugerah Tokoh NILAM telah diperkenalkan bagi mengiktiraf pelaksanaan Program NILAM yang dijalankan di sekolah. Anugerah ini dilaksanakan bermula dari peringkat daerah, negeri dan kebangsaan di mana kategori yang dipertandingkan ialah Tokoh NILAM Bahasa Malaysia dan Tokoh NILAM Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dan Menengah.

Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Negeri Kelantan telah dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan pada 26 hingga 28 Mac 2017. Anugerah ini telah dijalankan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan dan telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Kelantan iaitu Tn. Hj. Jaafar bin Ismail.

Seramai 39 orang peserta dari setiap daerah di Negeri Kelantan telah menyertai anugerah Tokoh NILAM pada tahun ini iaitu 18 peserta dari sekolah rendah dan 21 peserta dari sekolah menengah. Anugerah ini juga telah dijayakan oleh 22 orang guru yang bertindak sebagai hakim dan kerjasama penuh dari pegawai dan staf BTPN/PKG Negeri Kelantan.

Penilaian telah diambil kira dari aktiviti penulisan dan temuduga bagi kedua-dua kategori bahasa. Pemarkahan sampingan juga dinilai melalui pelbagai aspek iaitu dari penampilan diri sehingga perwatakan seorang pelajar yang berdisiplin ketika program berlangsung.

Berikut merupakan jadual senarai pemenang bagi Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2017. Para pemenang bagi Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Negeri ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid dan pelajar yang telah berjaya menjalankan Program NILAM dengan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dan seterusnya mampu mewakili Negeri Kelantan ke peringkat Kebangsaan. Secara keseluruhannya, melalui program ini diharapkan dapat memberi galakan kepada murid dan pelajar lain di sekolah bagi menyemarakkan tabiat membaca dan seterusnya menjadi insan yang berpengetahuan luas.

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: