BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Terkini / PERSADA INOVASI KIK BTP 2017 OLEH BTPN KELANTAN

PERSADA INOVASI KIK BTP 2017 OLEH BTPN KELANTAN

Majlis Persada Inovasi Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia 2017 telah diadakan di Dewan Seri Utama, BTPN Pahang pada 6 – 8 Ogos 2017. Majlis ini merupakan acara tahunan anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), KPM yang diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada penjawat awam yang bergiat aktif menghasilkan projek inovasi khususnya melalui Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di peringkat negeri dan juga kementerian. Ianya juga selaras dengan iltizam Kerajaan untuk menampilkan perubahan fundamental, penghasilan sendiri bahan sokongan berinovasi dan kreatif oleh kakitangan kerajaan disamping menjana ide-ide baharu.

Selain itu, majlis ini juga menampilkan inisiatif-inisiatif strategik yang baharu bagi menggalakkan perkongsian ilmu, percambahan idea serta platform bagi menanda aras amalan-amalan terbaik bagi menyemarakkan lagi budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan penjawat awam.

Kemuncak kepada majlis ini ialah majlis pengiktirafan yang menyaksikan pemenang-pemenang pertandingan projek KIK menerima anugerah-anugerah yang dipertandingkan.

About Kamal Azrul Muhammad

Check Also

KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG LUSUH (PERLU PERMIT) UNTUK PELUPUSAN SECARA JUALAN SISA KENDERAAN HONDA ACCORD BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 2019

klik pautan dibawah untuk muat turun surat berkaitan KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: