BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Artikel / 593 Sekolah Di Kelantan Dibekalkan ICT

593 Sekolah Di Kelantan Dibekalkan ICT

KOTA BHARU : Sebanyak 593 sekolah di Kelantan dibekalkan kemudahan teknologi maklumat (ICT) untuk kegunaan guru dan pelajar. Pengarah Pendidikan Negeri, Jaafar Ismail berkata, kemudahan itu dibekalkan kepada semua sekolah termasuk di pedalaman sejak 1997 sehingga kini.

“Sekolah di Kelantan tidak ketinggalan mendapat kemudahan ICT sama ada membabitkan guru dan pelajar.

“Kita juga mengadakan program Anugerah Pembestarian setiap tahun di semua sekolah untuk menilai tahap penguasaan guru dan pelajar dalam bidang ICT,” katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Kelantan Bahagian Teknologi Kelantan (BTP), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Penolong Pengarah BTP Kelantan, Nasir Mohd Nor. Terdahulu, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Berangan, Selising, Pasir Puteh diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pembestarian Sekolah Rendah Peringkat Negeri Kelantan dan bagi sekolah menengah dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian. Pada masa sama, Jaafar berharap ibu bapa juga perlu menguasai bidang ICT bagi mengawal penyalahgunaan laman sosial di internet.

Oleh : Betty Subaryati ( bhkb@bh.com.my )
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2017/10/332777/593-sekolah-di-kelantan-dibekalkan-ict

About admin

Check Also

KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG LUSUH (PERLU PERMIT) UNTUK PELUPUSAN SECARA JUALAN SISA KENDERAAN HONDA ACCORD BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 2019

klik pautan dibawah untuk muat turun surat berkaitan KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: