BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / 21st Century learning Design / Pustaka Digital Permudahkan Murid Semut Api

Pustaka Digital Permudahkan Murid Semut Api

KOTA BHARU : Perpustakaan digital yang dilancarkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Semut Api hari ini, memudahkan 330 muridnya membuat rujukan untuk proses pembelajaran mereka.

Perpustakaan digital itu dilihat bermanfaat kepada warga sekolah berkenaan yang berada dalam kategori pinggir bandar bagi mendapatkan maklumat ilmiah.

Guru Besar SK Semut Api, Nordin Ahmad Ahmad, berkata rata-rata murid sekolah itu daripada keluarga berpendapatan rendah dengan kebanyakannya anak nelayan, buruh dan pelukis batik.

“Sudah pasti untuk membeli bahan bacaan agak sukar bagi mereka apatah lagi untuk ke perpustakaan negeri yang terletak di pusat bandar.

“Pusat sumber sekolah memang ada tetapi tidak menyediakan bahan rujukan yang banyak. Perpustakaan digital ini adalah inisiatif sekolah bagi memudahkan murid membuat rujukan,” katanya kepada pemberita di sini, sebentar tadi.

Nordin Ahmad berkata, murid bukan saja boleh menggunakan kaedah itu pada waktu lapang tetpi juga memberi manfaat kepada 38 guru ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Dr Suhaimi Kadir.

Suhaimi berkata, pihaknya sangat menggalakkan penggunaan kaedah digital yang baharu diperkenalkan sejak tahun lalu itu.

“Kita sasarkan dalam masa terdekat, 10 hingga 50 peratus sekolah di negara ini akan menggunakan Perpustakaan Digital,” katanya.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2017/10/343736/pustaka-digital-permudahkan-murid-semut-api

About admin

Check Also

Hebahan: Portal Baharu KPM

Assalamualaikum WBT dan Salam Hormat, YB/ YBhg Dato’/ Datuk/ Datin Paduka/ Dr/ Tuan/ Puan, 2.  ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: