BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Terkini / KETETAPAN MENGENAI PENGGUNAAN LAGU KORPORAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA – ASPIRASI PERUBAHAN

KETETAPAN MENGENAI PENGGUNAAN LAGU KORPORAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA – ASPIRASI PERUBAHAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YM Tengku/Dr/Tuan/Puan

KETETAPAN MENGENAI PENGGUNAAN LAGU KORPORAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA – ASPIRASI PERUBAHAN

Dengan hormatnya adalah saya telah diarahkan unutk menarik perhatian YM Tengku/Dr/Tuan/Puan berkaitan perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan Unit Komunikasi Korporat (UKK) telah menghasilkan satu Lagu Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia yang berjudul Aspirasi Perubahan yang dicipta khas oleh LY dan penulis lirik oleh YBhg, Dato’ Sri Alias Ahmad, Ketua Setiausaha KPM.

3. Pelancaran lagu tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ketika Majlis Perutusan Tahun Baharu 2018 KPM pada 18 Januari yang lalu. Sehubungan dengan itu, lagu tersebut perlu digunakan ketika program atau majlis anjuran Bahagian-bahagian KPM.

4. Lagu tersebut boleh dimuat turun melalui 2 format iaitu video MP4 di pautan http://bit.ly/2DEtLDr dan muzik lagu MP3 di pautan http://bit.ly/2FeDuwa. Dilampirkan bersama memo berkaitan perkara tersebut untuk perhatian dan rujukan YM Tengku/Dr/Tuan/Puan..

Sekian, terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

FUZIAH BINTI HJ. AZIZ
PENOLONG PENGARAH/PEG PENGHUBUNG
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TEL: 03 20818013 /013 2800123

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: