BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Program / 1BestariNet / PELAKSANAAN PEMANTAUAN LEBAR JALUR DI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI KELANTAN 2018

PELAKSANAAN PEMANTAUAN LEBAR JALUR DI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI KELANTAN 2018

Tuan / Puan,

PELAKSANAAN PEMANTAUAN LEBAR JALUR DI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI KELANTAN 2018.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 telah bermula pada 1 Julai 2016 dan skop perkhidmatan bagi lebar jalur (bandwidth) untuk sekolah-sekolah negeri Kelantan dari 2 Mbps hingga 15 Mbps.

3. Bagi memantapkan pengurusan perkhidmatan 1bestariNet Fasa 2 khususnya perkhidmatan lebar jalur talian internet, setiap sekolah dipohon untuk menyediakan Laporan Pemantauan Perbekalan Lebar Jalur  mengikut garis panduan yang dilampirkan.

4. Sehubungan dengan itu, tuan / puan dipohon untuk menghantar  laporan lebar jalur berkenaan dari sekolah tuan / puan secara berkala setiap bulan. Pengisian data lebar jalur talian internet sekolah boleh dilakukan di http://btpnkelantan.moe.gov.my/speedtest

5. Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh Tuan / Puan dalam perkara ini amat dihargai dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang menurut perintah,

MOHD KAMAL AZRUL MUHAMMAD
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Pembestarian Sekolah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan

TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
Talian Terus: +609 771 4900 | Faks: +609 771 4939 |
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan

About admin

Check Also

Buku Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur saya ke hadrat Illahi ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: