BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / 21st Century learning Design / Transformasi bidang pendidikan setanding negara maju

Transformasi bidang pendidikan setanding negara maju

PASIR PUTEH : Kerajaan Persekutuan membuat pelbagai transformasi bagi memastikan bidang pendidikan negara setanding dengan negara maju.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad, berkata tahun ini kerajaan memperuntukkan RM45.9 billion untuk bidang pendidikan bagi belanja mengurus dan pembangunan.

Katanya, daripada jumlah itu, RM190 juta digunakan untuk menaik taraf 2,000 bilik darjah kepada bilik darjah pintar di 2,000 sekolah seluruh negara.

“Bilik darjah pintar dilengkapi dengan sistem teknologi komputer dan sejajar dengan Revolusi Industri 4.0 terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP).

“Pelbagai transformasi yang dilakukan menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk meningkatkan dan memartabatkan bidang pendidikan supaya setanding dengan negara maju.

“Kita juga memberi penekanan kepada pendidikan khas termasuk autisme supaya mereka dapat bersaing dengan murid atau pelajar normal,” katanya dalam sidang media di Program Jelajah Pendidikan KPM 2018 di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Puteh, di sini, hari ini.

Kelantan adalah negeri ketiga selepas Selangor dan Kedah.

Majlis dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Hadir sama, Pengarah Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Muhammad Zahari Othman.

Mengulas lanjut, Alias berkata, program jelajah itu dianjurkan bagi memberi peluang KPM menyampaikan maklumat yang tepat mengenai bidang pendidikan negara kepada masyarakat terutama ibu bapa.

“Kita tidak mahu masyarakat dan rakyat menerima maklumat yang meragukan serta tidak tepat mengenai bidang pendidikan.

“Kementerian mahu memaklumkan transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam pendidikan menerusi siri jelajah ini,” katanya.

Rujukan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/397976/transformasi-bidang-pendidikan-setanding-negara-maju

About admin

Check Also

IKLAN TAWARAN SEBUTHARGA PELUPUSAN KENDERAAN JABATAN SSANGYONG 4WD MUSSO 662 TD

Klik pautan dibawah untuk muat turun: TAWARAN SEBUTHARGA PELUPUSAN KENDERAAN JABATAN Surat tawaran sebut harga ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: