BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Program / 1BestariNet / Pertandingan FrogPlay 2018

Pertandingan FrogPlay 2018

Pihak YTL Communications dengan kerjasama FrogAsia Sdn Bhd menganjurkan Pertandingan FrogPlay Championship 2018 yang bermula pada 8 April hingga 31 Mei 2018.

Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk sekolah-sekolah yang menggunakan Frog Appliance. Bagi kategori Frog Appliance, pertandingan dijangka akan dilancarkan pada hujung April 2018 yang akan dimaklumkan kelak.

Berikut adalah langkah mudah untuk sekolah:

1. Bina/jawab kuiz di FrogPlay
2. Daftar Power Pack
3. Semak kedudukan pada Leaderboards

Untuk makluman, bahan digital seperti poster dan banner untuk promosi boleh dimuat turun dari laman web https://www.frogplaychampionships.com/ . Bersama-sama ini juga dilampirkan FrogPlay Championship School Kit sebagai rujukan dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya.

Semoga dengan adanya inisiatif ini dapat membantu strategi negeri dalam membudayakan Frog VLE di sekolah dan memberi galakan kepada pelajar untuk melakukan ulangkaji pelajaran seterusnya memberi manfaat kepada pelajar sendiri.

About admin

Check Also

Amanat Menteri Pendidikan Tahun 2019

Amanat Menteri Pendidikan Tahun 2019: Pendidikan Untuk Semua, Tanggungjawab Semua Amanat Menteri Pendidikan Tahun 2019 ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: