BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Hebahan / HEBAHAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK NILAI-NILAI MURNI ANJURAN JABATAN WARISAN NEGARA

HEBAHAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK NILAI-NILAI MURNI ANJURAN JABATAN WARISAN NEGARA

Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

HEBAHAN : PERTANDINGAN VIDEO PENDEK NILAI-NILAI MURNI 2018 ANJURAN JABATAN WARISAN NEGARA

Dengan segala hormatnya saya diarah menarik perhatian tuan/puan berkenaan perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Warisan Negara akan menganjurkan Pertandingan Video Pendek Nilai – Nilai Murni 2018 bertujuan memupuk kembali kesedaran masyarakat Malaysia akan perihal pentingnya penerapan nilai-nilai murni dalam setiap tingkah laku dan amalan kehidupan sepanjang hayat.

3. Pendaftaran secara online bagi pertandingan ini akan bermula 17 Mei 2018 sehingga 30 Jun 2018. Tuan/ Puan boleh melayari pautan berikut yang jelas menerangkan maksud pertandingan berkenaan http://www.heritage.gov.my/ms/utama/berita-jwn/item/780-pendaftaran-online-pertandingan-video-pendek-nilai-nilai-murni-dibuka.

4. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Cik Aerriscia Epple di talian 03-26044931. Segala kerjasama dan perhatian pihak Tuan/Puan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Patah Tak Tumbuh, Hilang Tak Berganti”

Saya yang menurut perintah,

Parameswaran A/L Kunaseigaran
Assistant Public Relation Officer
Corporate Communication Unit
Department of National Heritage
MINISTRY of TOURISM & CULTURE MALAYSIA

Tel : 03-26127612
Fax: 03-22721392

About admin

Check Also

Buku Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur saya ke hadrat Illahi ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: