BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Artikel / PERTANDINGAN VIDEO PENDEK ANJURAN UTUSAN MELAYU (M) BERHAD 2018

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK ANJURAN UTUSAN MELAYU (M) BERHAD 2018

Kami menjemput sekali lagi semua sekolah negeri Kelantan ke satu lagi pertandingan iaitu Pertandingan Video Pendek Utusan Melayu. Penyertaan ini adalah terbuka kepada pelajar di semua jenis sekolah menengah bantuan kerajaan atau swasta di seluruh negara, tanpa mengira bangsa dan etnik. Penyertaan pelbagai kaum sebagai sekawanan produksi adalah satu kelebihan. Video Pendek bertemakan muhibah kepada murid sekolah menengah seluruh negara sepanjang tahun 2018

Pertandingan video pendek tersebut yang bermula 1 Januari hingga 31 Disember depan terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah untuk menghasilkan karya bertemakan muhibah berdurasi dua minit berserta penerangan ringkas antara 100 ke 150 patah perkataan.


Sepanjang tempoh penganjuran, empat video terbaik yang telah dimasukkan ke dalam laman web www.muhibah.my akan dipilih sebagai pemenang bulanan yang menawarkan hadiah RM1,000 setiap pemenang.

Perasmian pelancaran pertandingan ini telah diadakan pada 28 November 2017 di Dewan Utusan, Utusan Melayu Malaysia Berhad Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia telah diwakili oleh Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan.

Objektif Program adalah untuk :

Memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran murid dalam penghasilan video;
Mencungkil bakat murid dalam pembinaan dan penghasilan video;
Menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan murid melalui pertandingan yang merangsang minda kritis dan kreatif; dan
Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid.

Keberhasilan :

Pembudayaan penggunaan teknologi / ICT dalam PdP dalam kalangan murid menerusi penghasilan video
Menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan berkaitan Pembestarian Sekolah yang menyokong pelaksanaan PPPM 2013 – 2025, terutamanya yang berhubung dengan Anjakan 7, iaitu Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran.
Syarat lain boleh rujuk di laman web pertandingan tapi ini adalah syarat asas video yang hendak dihasilkan.

Tema : Muhibah
Kategori : Terbuka kepada semua sekolah menengah di Malaysia
Hadiah : RM 1000.00 x 4 orang pemenang setiap bulan
Durasi Video : 2 minit (Sinopsis tidak melebihi 100 patah perkataan tentang pengkisahan atau jalan cerita video)
Layari laman web Muhibah di http://www.muhibah.my/ untuk syarat dan peraturan pertandingan.

Berikut adalah syarat-syarat untuk menyertai Video Pendek #Muhibah

  1. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
  2. BORANG PENYERTAAN

Contoh Video :

About admin

Check Also

Hebahan : Artikel 14/5/2019 – Thank you, everyone

THIS article is specially penned to elucidate the milestones that have been achieved by the ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: