BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / 21st Century learning Design / PELAKSANAAN STANDARD KOMPETENSI DIGITAL (DIGITAL COMPETENCY STANDARDS – DCS) MURID TAHUN 2018 BAGI NEGERI KELANTAN

PELAKSANAAN STANDARD KOMPETENSI DIGITAL (DIGITAL COMPETENCY STANDARDS – DCS) MURID TAHUN 2018 BAGI NEGERI KELANTAN

Tuan,

PELAKSANAAN STANDARD KOMPETENSI DIGITAL (DIGITAL COMPETENCY STANDARDS – DCS) MURID TAHUN 2018 BAGI NEGERI KELANTAN

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan kepada pekara di atas dan surat KPM600-11/1/4 Jld 2. (39) adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4 : Konsolidasi dan Kelestarian (2011 – 2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah penambahbaikan secara sistematik melalui peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.

3. Untuk makluman tuan, Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS), instrumen penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi (gamification), bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika akan dilaksanakan di negeri Kelantan sebanyak 443 sekolah terpilih pada tahun 2018. Sekolah-sekolah yang terlibat ada disenaraikan di Lampiran satu pada Surat Arahan Pelaksanaan DCS 2018 oleh Jabatan Pendidikan Kelantan.

4. Pelaksanaan penilaian DCS di sekolah-sekolah terpilih ini akan diuruskan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) negeri Kelantan dengan bantuan penyelarasan di peringkat sekolah oleh Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT melalui portal Standard Kompetensi Digital (DCS) (http://best.moe.edu.my/dcs1). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Roslan Che Ghani di talian 019-9167878 sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pekara di atas.

5. Kerjasama, sokongan dan perhatian pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

EN. ROSLAN CHE GHANI
(Pegawai Meja Negeri Kelantan)

 

 

DISERTAKAN SERBA SEDIKIT PANDUAN PENGGUNAAN DCS 2018

About admin

Check Also

8 STRATEGI PELAKSANAAN MBMMBI

Related

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: