BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / NICTSeD & CAKNA / Selamat Datang Peserta NICTSeD Dan Peserta CAKNA 2018 Ke Negeri Kelantan

Selamat Datang Peserta NICTSeD Dan Peserta CAKNA 2018 Ke Negeri Kelantan

Pada tahun ini, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan bertuah kerana telah terpilih menjayakan Pertandingan National ICT Security Discourse atau NICTSeD dan Pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional atau CAKNA 2018. Ianya dianjurkan oleh CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE)  dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Malaysia.

Sejak penubuhannya pada tahun 2013, program ini telah berjaya mencapai matlamatnya sebagai satu kaedah dalam penyebaran pengetahuan tentang keselamatan siber dengan cara memberi pendekatan  menarik kepada para pelajar dan guru. Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis para peserta tentang isu-isu internet dan teknologi semasa yang dibincangkan pada skala global dan bagaimana risiko dan cabaran dalam talian dapat diatasi  menjadikan para guru dan pelajar lebih  pintar sebagai pengguna internet yang  beretika.

Selama 9 hari bermula pada 19 hingga 27 Julai 2018 para peserta yang terdiri dari 16 buah negeri akan diuji tahap pemikiran, cara mengulas, penguasaan bahasa dan berhujah. Hanya 2 kumpulan terbaik sahaja dari pertandingan NICTSeD yang akan layak ke pertandingan akhir iaitu di Royale Chulan, Kuala Lumpur iaitu pada 27 September 2018. Manakala pemenang bagi Pertandingan CAKNA akan diumumkan pada hari akhir pertandingan di negeri Kelantan.

Berikut disertakan Jadual Peserta dan juga Buku Program CAKNA & NICTSeD :

About admin

Check Also

KEBENARAN AKSES KE PREMIS SEKOLAH DAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG) UNTUK MELAKSANAKAN KERJA -KERJA PENGGANTIAN CUSTOMER PREMISE EQUIPMENT (CPE) JENIS WIMAX KEPADA CPE BAHARU ( NO.KONTRAK : KPM/41/2016/06/0001 )

Tuan, KEBENARAN AKSES KE PREMIS SEKOLAH DAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG) UNTUK MELAKSANAKAN KERJA – ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: