BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / 21st Century learning Design / Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris Dan Bahasa Melayu Melalui Program NILAM

Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris Dan Bahasa Melayu Melalui Program NILAM

Usaha memartabatkan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris perlu bergerak seiring dalam sistem pendidikan negara bagi mencapai hasrat menjadikan kedua bahasa berkenaan sebagai bahasa sumber dan bahan ilmu.

Hasrat yang dilaksanakan melalui Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) sejak 2010 itu, bagaimanapun tidak akan menjejaskan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara, malah usaha itu adalah untuk menangani masalah ketidakcekapan rakyat dalam berbahasa Inggeris dan juga mendepani cabaran pembelajaran pada abad ke-21 yang mana  sukar bagi pelajar yang sentiasa terdedah dengan media sosial yang kebanyakannya memaparkan penggunaan kosa kata dan ejaan bercampur.

Menerusi Program Imersif Tinggi (HIP) optimis usaha meningkatkan penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris melalui pendedahan dan penyertaan aktif murid dalam aktiviti bahasa Inggeris di sekolah.

Menerusi HIP yang menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, galakan penuh ditujukan khas kepada pemimpin sekolah untuk merancang aktiviti berbahasa Inggeris di sekolah. Program HIP berdasarkan konsep pembabitan seluruh warga sekolah adalah faktor kritikal dalam memastikan pencapaian objektif serta kelestarian dan kemampanan aktiviti HIP dapat dicapai.

Justeru, dengan pelaksanaan MBMMBI, kerajaan percaya melalui pendekatan yang dijalankan mampu memartabatkan bahasa Melayu, memperkukuh bahasa Inggeris, sekali gus meningkatkan keupayaan pelajar menguasai ilmu sains dan teknologi yang penting untuk masa depan negara.

Bersama-sama ini disertakan surat daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia berkenaan usaha KPM bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris melalui pembacaan tiga buah buku Bahasa Melayu dan tiga buah buku Inggeris kepada semua murid sekolah.

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: