BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Dari Meja KPP / PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2018 BAGI NEGERI KELANTAN

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2018 BAGI NEGERI KELANTAN

Ruj. Kami : BTPNKEL.600-4/6 (93)
Tarikh : 29 Julai 2018

Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah Negeri Kelantan

Tuan,

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2018 BAGI NEGERI KELANTAN

Sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2.   Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) setiap tahun bagi mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia. SSQS digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013 – 2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program pembestarian sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-ekonomy).

3.   Sehubungan itu, tuan/puan dipohon untuk menyelaras pelaksanaan dan pemantauan SSQS di peringkat sekolah tuan bersama-sama Pusat Kegiatan Guru (PKG) dengan bantuan penyelarasan di peringkat sekolah tuan oleh Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT. Penarafan ini akan dilaksanakan secara dalam talian (http://best.moe.edu.my/ssqs/kelantan) mulai 1 Ogos hingga 30 Ogos 2018.

4.   Kerjasama, sokongan dan perhatian pihak Ybhg. Tuan / puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(NASIR BIN MOHD NOOR)
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan

About admin

Check Also

Amanat Menteri Pendidikan Tahun 2019

Amanat Menteri Pendidikan Tahun 2019: Pendidikan Untuk Semua, Tanggungjawab Semua Amanat Menteri Pendidikan Tahun 2019 ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: