BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / 21st Century learning Design / Buku Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

Buku Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, Buku Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Abad ke-21 untuk Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dapat diterbitkan dengan jayanya. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah mengembleng tenaga, idea dan pandangan untuk merealisasikan buku panduan ini. Usaha ini merupakan satu inisiatif dan tindakan proaktif Bahagian Teknologi Pendidikan dan rangkaiannya untuk memberi panduan tentang tugas yang diperlukan oleh GPM supaya dapat mengendalikan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dengan lebih berkesan. Dalam usaha memperkasakan PSS Abad ke-21, GPM perlu dilengkapkan dengan maklumat dan pengetahuan berkaitan pengurusan PSS. Justeru, penerbitan bahan ini diharap dapat memberi manfaat kepada GPM dan pihak sekolah. GPM juga diharap dapat berperanan sebagai penyelaras yang baik, cekap dan bertanggungjawab, selaras dengan objektif dan misi PSS sebagai pangkalan penyebaran teknologi pendidikan.

Akhir kata, saya berharap agar semua pegawai BTPN dan PKG bersama-sama memainkan peranan dalam memperkasakan Pusat Sumber Sekolah yang akan menjadi penanda aras bagi memantap dan memajukan sistem pendidikan negara.

“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

ZAIDI YAZID
Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

About admin

Check Also

IKLAN TAWARAN SEBUTHARGA PELUPUSAN KENDERAAN JABATAN SSANGYONG 4WD MUSSO 662 TD

Klik pautan dibawah untuk muat turun: TAWARAN SEBUTHARGA PELUPUSAN KENDERAAN JABATAN Surat tawaran sebut harga ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: