BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Pertandingan / PERTANDINGAN LAMAN WEB SEKOLAH PERINGKAT NEGERI SEMPENA PROGRAM PEMBANGUNAN SAINS DAN TEKNOLOGI NEGERI KELANTAN TAHUN 2019

PERTANDINGAN LAMAN WEB SEKOLAH PERINGKAT NEGERI SEMPENA PROGRAM PEMBANGUNAN SAINS DAN TEKNOLOGI NEGERI KELANTAN TAHUN 2019

Tuan,

PERTANDINGAN LAMAN WEB SEKOLAH PERINGKAT NEGERI SEMPENA PROGRAM PEMBANGUNAN SAINS DAN TEKNOLOGI NEGERI KELANTAN TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas dan surat Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan JPKn/STMK/2101/05/Jld.4 (3) bertarikh 23 Januari 2019 adalah dirujuk.

2. Sempena Program Pembangunan Sains dan Teknologi Negeri Kelantan Tahun 2019/1440H, pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) mempelawa semua sekolah-sekolah di negeri Kelantan terdiri daripada sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) menyertai pertandingan laman web diperingkat negeri bagi menyokong inisiatif penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan rakyat selaras dengan perkembangan teknologi terkini.

3. Bersama ini dipanjangkan lampiran :
3.1 : Surat Edaran JPN Kelantan.
3.2 : Garis Panduan Pertandingan Laman Web Sekolah.
3.3 : Borang Penyertaan Pertandingan Laman Web Peringkat Sekolah.
3.4 : Borang Permohonan Domain.

4. Pihak SUK akan menyediakan tapak pelayan (hosting) berserta subdomain ( ____________.kelantan.edu.my ) secara percuma kepada sekolah-sekolah yang menyertai pertandingan ini. Keutamaan laman web adalah menggunakan Content Management System (CMS) Joomla, walaubagaimana pun pemilihan CMS lain juga (Moodle, WordPress, Drupal, PHP-Fusion, Mambo, dan sebagainya) juga akan dipertimbangkan.

5. Borang penyertaan hendaklah diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan selewat-lewatnya pada 7 Februari 2019. Sebarang pertanyaan sila kemukakan kepada pihak urusetia di talian 09-7430504.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,
MOHD KAMAL AZRUL MUHAMMAD
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Pembestarian Sekolah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan.

About admin

Check Also

Hebahan: Portal Baharu KPM

Assalamualaikum WBT dan Salam Hormat, YB/ YBhg Dato’/ Datuk/ Datin Paduka/ Dr/ Tuan/ Puan, 2.  ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: