BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Slider / KEPUTUSAN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2018

KEPUTUSAN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2018

Pengetua / Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Negeri Kelantan

Ybhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

KEPUTUSAN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2018

Saya dengan hormatnya ingin menarik perhatian Ybhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan kepada pekara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, Penarafan Pembestarian Sekolah 2018 menggunakan Smart School Qualifications Standards (SSQS) telah dilaksanakan bermula pada 16 Julai 2018 hingga 30 Ogos 2018 melibatkan 594 buah sekolah seluruh Kelantan. Manakala Kajian Verifikasi Keputusan Penarafan Pembestarian telah selesai dilaksanakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan pada 24 November 2018.

3. Keputusan penuh Penarafan Pembestarian Sekolah 2018 boleh disemak melalui aplikasi secara atas talian kami di http://btpnkelantan.moe.gov.my/semakanssqs manakala keputusan SSQS 2018 juga disediakan secara interaktif melalui pautan berikut di http://gg.gg/laporan_ssqs2018. Kejayaan dan usaha gigih tuan bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah secara interaktif berasaskan ICT amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

4. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Mariah bt. Buyong, Ketua Unit Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan (BTPN) ditalian 09-7714940 ( direct line ).

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

MOHD KAMAL AZRUL MUHAMMAD
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Pembestarian Sekolah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan.

About admin

Check Also

KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG LUSUH (PERLU PERMIT) UNTUK PELUPUSAN SECARA JUALAN SISA KENDERAAN HONDA ACCORD BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 2019

klik pautan dibawah untuk muat turun surat berkaitan KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: