BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Hebahan / HEBAHAN PERTANDINGAN VIDEO KREATIF u-PUSTAKA

HEBAHAN PERTANDINGAN VIDEO KREATIF u-PUSTAKA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan,

HEBAHAN PERTANDINGAN VIDEO KREATIF u-PUSTAKA

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MoTAC) menganjurkan Pertandingan Video Kreatif u-Pustaka dengan slogan “Utamakan Pengetahuan, Ingatlah u-Pustaka” yang membawa mesej perkongsian pengalaman yang terindah dan terbaik perkhidmatan u-Pustaka atau berkongsi pengalaman semasa menggunakan perkhidmatan u-Pustaka.

Pertandingan ini dibuka mulai 1 Januari 2019 sehingga 31 Mac 2019 dan boleh disertai oleh semua warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai ahli u-Pustaka.

2. Objektif pertandingan ini adalah untuk:

  1. Memupuk minat dan kreativiti dalam kalangan warganegara Malaysia bagi membantu mempromosi perkhidmatan u-Pustaka.
  2. Mencetus keterujaan dalam kalangan warganegara Malaysia terhadap penggunaan u-Pustaka.
  3. Menyalurkan maklumat kepada orang awam tentang perkhidmatan u-Pustaka dan kemudahan serta kebaikan yang bakal diperolehi daripada perkhidmatan tersebut.
  4. Menyampaikan mesej kebaikan perkhidmatan u-Pustaka kepada orang awam melalui orang awam sendiri (from the people to the people).
  5. Melihat perspektif orang awam tentang perkhidmatan yang diberikan.

Maklumat lengkap boleh diperolehi di www.u-pustaka.gov.my.

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan:

Urus setia Pertandingan Video Kreatif u-Pustaka
Pusat Sumber
Institut Tadbiran Awam Negara
Kampus Utama Bukit Kiara
Kuala Lumpur

dan

Bahagian Rangkaian Sistem Perpustakaan
Perpustakaan Negara Malaysia
Tel: 03-20847263/7265
atau 03-26871700/4213
Faks : 03-20847491
Emel : videokreatifupustaka@gmail.com ​

About admin

Check Also

KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG LUSUH (PERLU PERMIT) UNTUK PELUPUSAN SECARA JUALAN SISA TABUNG ALAT PEMADAM API BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 2019

KAJIAN PASARAN BAGI TAWARAN HARGA MEMBELI BARANG LUSUH (PERLU PERMIT) UNTUK PELUPUSAN SECARA JUALAN SISA ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: