BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Program / 1BestariNet / KEBENARAN AKSES KE PREMIS SEKOLAH DAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG) UNTUK MELAKSANAKAN KERJA -KERJA PENGGANTIAN CUSTOMER PREMISE EQUIPMENT (CPE) JENIS WIMAX KEPADA CPE BAHARU ( NO.KONTRAK : KPM/41/2016/06/0001 )

KEBENARAN AKSES KE PREMIS SEKOLAH DAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG) UNTUK MELAKSANAKAN KERJA -KERJA PENGGANTIAN CUSTOMER PREMISE EQUIPMENT (CPE) JENIS WIMAX KEPADA CPE BAHARU ( NO.KONTRAK : KPM/41/2016/06/0001 )

Tuan,

KEBENARAN AKSES KE PREMIS SEKOLAH DAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG) UNTUK MELAKSANAKAN KERJA – KERJA PENGGANTIAN CUSTOMER PREMISE EQUIPMENT (CPE) JENIS WIMAX KEPADA CPE BAHARU ( NO.KONTRAK : KPM/41/2016/06/0001 )

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa wakil Syarikat YTLC sedang melaksanakan kerja – kerja penggantian Customer Premis Equipment (CPE) jenis Wimax kepada CPE baharu di sekolah-sekolah KPM dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) yang terlibat. Penggantian  ini  bermula pada 19 April – 31 Mei 2019 sebagaimana arahan KPM (Ruj. Kami : KPM.100-11/3/15 Jld. 8 (97) ) bertarikh 17 April 2019 yang dilampirkan bersama makluman ini.

3.   Untuk itu, tuan dimohon untuk memastikan semua penggantian yang dibuat berfungsi dengan baik dan mengikut skop yang ditetapkan oleh KPM sebagaimana surat arahan dibawah. KPM berhak menarik balik kebenaran ini sekiranya wakil Syarikat YTLC gagal mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan atau tindakan bercanggah dengan mana-mana dasar KPM yang berkuat kuasa.

4.   Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh pihak tuan dalam perkara ini amat dihargai dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan amanah,

MOHD KAMAL AZRUL MUHAMMAD
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Pembestarian Sekolah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan

 

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: