BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Hebahan (page 2)

Hebahan

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2018 BAGI NEGERI KELANTAN

Ruj. Kami : BTPNKEL.600-4/6 (93) Tarikh : 29 Julai 2018 Pengetua / Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Kelantan Tuan, PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2018 BAGI NEGERI KELANTAN Sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2.   Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan ...

Read More »

Program “Hour of Code” Kini Kembali Lagi…

Program Hour of Code diteruskan lagi dengan kerjasama pihak Digital Tech@School, MDeC dan KPM untuk semua sekolah selama 1 jam yang akan bermula pada 16 Julai hingga 3 Ogos 2018. Kempen ini merupakan salah satu komponen strategik di bawah #mydigital maker movement iaitu inisiatif nasional yang bertujuan untuk mentransformasikan generasi muda khususnya murid sekolah daripada hanya menjadi pengguna teknologi ...

Read More »

PELAKSANAAN STANDARD KOMPETENSI DIGITAL (DIGITAL COMPETENCY STANDARDS – DCS) MURID TAHUN 2018 BAGI NEGERI KELANTAN

Tuan, PELAKSANAAN STANDARD KOMPETENSI DIGITAL (DIGITAL COMPETENCY STANDARDS – DCS) MURID TAHUN 2018 BAGI NEGERI KELANTAN Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan kepada pekara di atas dan surat KPM600-11/1/4 Jld 2. (39) adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi ...

Read More »

JEMPUTAN PEMBENTANGAN KERTAS KERJA KONVENSYEN KEBANGSAAN KALI KE 2 PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025

Assalamualaikum wbt. dan Salam sejahtera YM Tengku/Dr/Tuan/Puan Dengan hormatnya adalah saya diarahkan untuk menarik perhatian YM Tengku/Dr/Tuan/Puan berkaitan perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Majlis Guru Besar Negeri Selangor (MGBNS) akan menganjurkan Konvensyen Kebangsaan Kali Ke 2 Program Transformasi ...

Read More »

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK ANJURAN UTUSAN MELAYU (M) BERHAD 2018

Kami menjemput sekali lagi semua sekolah negeri Kelantan ke satu lagi pertandingan iaitu Pertandingan Video Pendek Utusan Melayu. Penyertaan ini adalah terbuka kepada pelajar di semua jenis sekolah menengah bantuan kerajaan atau swasta di seluruh negara, tanpa mengira bangsa dan etnik. Penyertaan pelbagai kaum sebagai sekawanan produksi adalah satu kelebihan. ...

Read More »

PROGRAM FROGMAKER 2.0 NEGERI KELANTAN

Assalamualaikum, Adalah dimaklumkan bahawa Program Frogmaker 2.0 Negeri Kelantan akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 30 Jun 2018 Masa : 9.00 pagi – 2.30 petang Tempat : BTPN Kelantan. 2. Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak tuan diperlukan untuk membuat hebahan mengenai program ini kepada Guru-guru Advokasi yang mengajar subjek ...

Read More »

HEBAHAN: SURAT EDARAN DAN PEKELILING SPP

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Y.Bhg Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan, Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah mengeluarkan Surat Edaran dan Pekeliling Perkhidmatan seperti berikut ; i. Rujukan : SPP(S).100-1/6/1 (7) bertarikh 4 Julai 2018 Tajuk : Peringatan Pematuhan Pelaksanaan Peraturan Pengendalian Laporan ...

Read More »

HEBAHAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK NILAI-NILAI MURNI ANJURAN JABATAN WARISAN NEGARA

Salam Sejahtera, Tuan/Puan, HEBAHAN : PERTANDINGAN VIDEO PENDEK NILAI-NILAI MURNI 2018 ANJURAN JABATAN WARISAN NEGARA Dengan segala hormatnya saya diarah menarik perhatian tuan/puan berkenaan perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Warisan Negara akan menganjurkan Pertandingan Video Pendek Nilai – Nilai Murni 2018 bertujuan memupuk kembali kesedaran masyarakat Malaysia ...

Read More »

Pertandingan National ICT Security Discourse: CyberSAFETM Challenge Trophy (NICTSeD 2018)

LATAR BELAKANG National ICT Security Discourse: CyberSAFETM Challenge Trophy merupakan salah satu program CyberSAFE in Schools yang bertujuan untuk mendidik serta mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu-isu teknologi dan sosial yang dihadapi oleh para pengguna internet, terutamanya mengenai bahaya semasa berada atas talian. Pertandingan National ICT Security Discourse: CyberSAFETM Challenge Trophy (NICTSeD 2018) merupakan ...

Read More »

PERTANDINGAN DIGITAL STORYTELLING ANIMATION (DST 2018)

Pengenalan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Digital Storytelling Animation 2018. Pertandingan ini telah dijalankan saban tahun bermula tahun 2013 – 2017 dan menjangkau tempoh 5 tahun pelaksanaannya. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan minat murid dalam industri animasi serta menggalakkan penghasilan bahan kreatif melalui teknologi ...

Read More »